Tuesday, 31 December 2013

HADITS PERTAMA : KELEBIHAN ILMU

     



1.    BAB KELEBIHAN  ILMU




Artinya :

Dari Abu Musa, ia berkata bahawa Rasullah s.a.w  bersabda “ Perumpamaan petunjuk dan ilmu  yang dengannya Allah mengutusku  adalah seperti hujan yang menyirami bumi yang rosak.  Di Antara bumi itu ada bahagian yang baik, yang menyerap air, menumbuhkan padang ternak dan rumput yang tebal. Ada pula bahagian yang keras , yang menahan air.  Maka Allah memberi manfaat kepada manusia dengannya. Mereka minum , memberi minum dan bercucuk tanam. Hujan itu turun di bahagian lain yang merupakan dataran landai, yang tidak menahan air dan tidak pula menumbuhkan padang rumput.   Itulah perumpamaan orang yang mengerti  dan mengetahui  bahawa agama  memberikan manafaat  kepadanya  dengan apa yang  Dia (Allah) mengutusku, maka dia mengetahui dan mengajarkan, serta perumpamaan orang yang tidak mengangkat  kepalanya dengannya, dan tidak menerima petunjuk Allah yang ku bawa” .  Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim ( Shahih).

ILMU SEPERTI  AIR HUJAN YANG TURUN  DARI LANGIT
MEMBASAHI BUMI YANG KERING


ILMU  SEPERTI  AIR YANG MENUMBUHKAN   PADANG RAGUT

ILMU  SEPERTI  AIR YANG  MENYIRAM TANAMAN SEHINGGA  MENJADI  SUBUR


ILMU SEPERTI AIR MINUMAN UNTUK ORANG YANG KEHAUSAN 




KESIMPULANNYA: 

1. MINTA DOA KEPADA ALLAH SUPAYA DIKURNIAKAN KITA ILMU YANG BERMANAFAAT DAN MENAMBAH DEKAT INGATAN KEPADANYA.

2.AMALKAN ILMU YANG TELAH DIPELAJARI DAN AJAR KEPADA ORANG,SUPAYA MENDAPAT KEBAJIKAN YANG BERPANJANGAN.

3. KENA LUANGKAN MASA ATAU RANCANG SUPAYA ADA MASA  KITA MENAMBAHKAN ILMU.

4. iLMU BOLEH DIDAPATI DARI SUMBER YANG BANYAK :

   BELAJAR, MENDENGAR, BERFIKIR, MEMERHATI  DAN BERTANYA.

DOA  ''  ROBBI ZID NII 'ILMA '....YA TUHAN  KU , TAMBAHKAN BAGIKU ILMU''


Wassalam....