Tuesday, 28 January 2014





Dari Abu Aufa  r.a , bahawa Nabi SAW bersabda , " Sesungguhnya  hamba-hamba Allah  yang terpilih  adalah  yang memperhatikan matahari, rembulan dan bintang-bintang untuk berzikir kepada Allah "
( Diriwayatkan oleh Thabrani dan Bazzar. Hakim berkata , "Sanadnya sahih ."

Kesimpulan :
Jadikan zikir kepada Allah sebagai wirid, mudah-mudahan mendapat warid (Nur) dan mendapat musyahadah dari Allah.




Sunday, 5 January 2014

HADITS KE 2 : FAEDAH BERWUDU'





Firman Allah ,
" Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang taubat  dan menyucikan diri "
 ( Petikan Al Quran : Surah  Al Baqarah Ayat 222).


Dari Abu Hurairah r.a , ia berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda , " Jika seseorang hamba muslim atau hamba mukmin berwudu' lalu dia membasuh  wajahnya, maka keluarlah dari wajahnya semua kesalahan yang  dia lihat dengan kedua matanya bersama air atau  bersama tetes  air yang terakhir. Jika dia membasuh kedua tangannya, maka keluarlah dari keduanya semua kesalahan yang dilakukan  oleh tangannya bersama air atau bersama tetes air yang terakhir. Jika dia membasuh kedua kakinya, maka keluarlah keduanya semua kesalahan  yang dia berjalan dengan keduanya bersama air atau bersama tetes air yang terakhir, sehingga dia keluar dalam keadaan bersih dari dosa-dosa ".
Diriwayatkan oleh Muslim.

Kesimpulan :
1. Sentiasalah kita dalam berwudu'
2.Amalkan doa semasa membasuh anggota wudu'
3.Berwudu' adalah  satu cara untuk mendapatkan   keridaan Allah

     

Tuesday, 31 December 2013

HADITS PERTAMA : KELEBIHAN ILMU

     



1.    BAB KELEBIHAN  ILMU




Artinya :

Dari Abu Musa, ia berkata bahawa Rasullah s.a.w  bersabda “ Perumpamaan petunjuk dan ilmu  yang dengannya Allah mengutusku  adalah seperti hujan yang menyirami bumi yang rosak.  Di Antara bumi itu ada bahagian yang baik, yang menyerap air, menumbuhkan padang ternak dan rumput yang tebal. Ada pula bahagian yang keras , yang menahan air.  Maka Allah memberi manfaat kepada manusia dengannya. Mereka minum , memberi minum dan bercucuk tanam. Hujan itu turun di bahagian lain yang merupakan dataran landai, yang tidak menahan air dan tidak pula menumbuhkan padang rumput.   Itulah perumpamaan orang yang mengerti  dan mengetahui  bahawa agama  memberikan manafaat  kepadanya  dengan apa yang  Dia (Allah) mengutusku, maka dia mengetahui dan mengajarkan, serta perumpamaan orang yang tidak mengangkat  kepalanya dengannya, dan tidak menerima petunjuk Allah yang ku bawa” .  Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim ( Shahih).

ILMU SEPERTI  AIR HUJAN YANG TURUN  DARI LANGIT
MEMBASAHI BUMI YANG KERING


ILMU  SEPERTI  AIR YANG MENUMBUHKAN   PADANG RAGUT

ILMU  SEPERTI  AIR YANG  MENYIRAM TANAMAN SEHINGGA  MENJADI  SUBUR


ILMU SEPERTI AIR MINUMAN UNTUK ORANG YANG KEHAUSAN 




KESIMPULANNYA: 

1. MINTA DOA KEPADA ALLAH SUPAYA DIKURNIAKAN KITA ILMU YANG BERMANAFAAT DAN MENAMBAH DEKAT INGATAN KEPADANYA.

2.AMALKAN ILMU YANG TELAH DIPELAJARI DAN AJAR KEPADA ORANG,SUPAYA MENDAPAT KEBAJIKAN YANG BERPANJANGAN.

3. KENA LUANGKAN MASA ATAU RANCANG SUPAYA ADA MASA  KITA MENAMBAHKAN ILMU.

4. iLMU BOLEH DIDAPATI DARI SUMBER YANG BANYAK :

   BELAJAR, MENDENGAR, BERFIKIR, MEMERHATI  DAN BERTANYA.

DOA  ''  ROBBI ZID NII 'ILMA '....YA TUHAN  KU , TAMBAHKAN BAGIKU ILMU''


Wassalam....